Carian
CyanogenMod 7 Diperlihatkan Pada HP TouchPad
August 29, 2011 Aman

Selain daripada TouchDroid yang membangunkan Android untuk TouchPad daripada HP, kini ianya dilihat pihak CyanogenMod turut sama membangunkan sistem operasi Android yang telah diubah-suai oleh mereka itu khas untuk tablet keluaran HP, iaitu TouchPad.

Menariknya adalah dimana, pihak CyanogenMod turut sama telah memperlihatkannya melalui sebuah video khas, menunjukkan Android Gingerbread dijalankan dan dioptimasikan sepenuhnya untuk tablet, terutamanya TouchPad.

Pada masa yang sama, pihak CyanogenMod turut sama memperkatakan yang mana buat masa ini, mereka akan membolehkan para pengguna untuk boot ke Android dan juga webOS, selain sistem operasi lain, dan bukannya akan mengantikan sistem operasi sedia ada.

Komen