Kini, salah satu fungsi yang diminati oleh para pengguna pada telefon pintar adalah fungsi permesejan pantas. Dan menariknya, selain daripada Whats App, BBM daripada BlackBerry, dan juga iMessage daripada Apple, kini Samsung memperkenalkan perkhidmatan mereka tersendiri yang baru, iaitu ChatOn.
Melalui ChatOn, ianya membolehkan para pengguna menghantar teks, imej, video klip, dan juga penghantaran mesej beranimasi, selain turut sama menyokong fungsi sembang secara berkumpulan. Samsung ChatOn ini juga menyokong BadaOS dan juga Android. Platform lain juga turut dijangka bakal disokong dalam masa akan datang.
Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang menjadi persoalan sekarang adakah ianya akan popular dan digunakan ramai?