ASUS EeePad Slider Akan Datang Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 29, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini, kami pernah memperlihatkan ASUS EeePad Slider kepada semua, dan menariknya, kini Asus Malaysia telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal membawa masuk ASUS EeePad Slider ke Malaysia tidak lama lagi. Namun begitu, tarikh pelancarannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

ASUS EeePad Slider membawakan cip pemprosesan 1GHz NVIDIA Tegra 2, serta RAM 1GB, skrin seluas 10.1-inci, serta sokongan port mini-USB dan juga mini-HDMI. Ianya turut didatangkan dalam variasi 16GB dan juga 32GB.

Harga pelancarannya juga masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami