iPhone 5 Kelak Akan Membawakan Skrin Lebih Kecil Daripada 4-inci

iPhone 5 Kelak Akan Membawakan Skrin Lebih Kecil Daripada 4-inci

Diterbitkan pada Ogos 29, 2011 oleh .

Berbeza dengan ura-ura sebelum ini yang mengatakan iPhone generasi baru akan membawakan skrin seluas 4.2-inci, kini laporan terbaru melaporkan yang mana iPhone generasi baru kelak akan membawakan panel skrin lebih kecil daripada 4-inci bersama-samanya.

Menurut laporan tersebut, ianya dikatakan yang mana iPhone 5 kelak bakal membawakan skrin antara 3.5-inci hingga 3.7-inci bersamanya kelak. Selain daripada itu, spesifikasi lain berkaitan dengannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Selain daripada saiz skrin, sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana iPhone generasi baru itu kelak turut akan membawakan cip pemprosesan A5 serta kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya. Apple juga diperkatakan akan memperkenalkan iPhone 4 dengan storan 8GB dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN