Monster.com Malaysia Melancarkan Aplikasi Android

Monster.com Malaysia Melancarkan Aplikasi Android

Diterbitkan pada Ogos 29, 2011 oleh .

Kini, laman carian kerja terkemuka, Monster.com telah pun melancarkan aplikasi Android mereka kepada para pengguna di Malaysia, dimana mereka kini menawarkan aplikasi mereka untuk mereka yang ingin mencari kerja, serta juga kepada majikan yang mencari kerja. Pada masa yang sama, pihak Monster.com turut sama memperkenalkan antaramuka yang baru untuk halaman majikan diportal tersebut.

Melalui aplikasi Monster.com untuk para pencari kerja, kini mereka boleh mengikuti perkembangan pencarian kerja mereka dengan mudah, dan diperlihatkan secara masa-nyata, selain para pengguna juga boleh menghantarkan resume dan mencari kerja dengan senang melalui aplikasi tersebut.

Para majikan juga boleh memuat-turun aplikasi Monster.com khas untuk mereka, dimana mereka boleh melihat mereka-mereka yang layak dengan kriteria yang dikehendaki, serta mencari resume dengan mudah dan senang.

Mereka yang berminat boleh memuat-turun aplikasi Monster.com untuk pencari kerja dan juga Monster.com untuk majikan terus daripada Android Market dengan senang dan percuma hari ini.


TIPS & ULASAN