Adakah Samsung Bakal Mengambil-Alih webOS Daripada HP?

Adakah Samsung Bakal Mengambil-Alih webOS Daripada HP?

Diterbitkan pada Ogos 29, 2011 oleh .

Kini, ura-ura mengatakan yang mana Samsung berkemungkinan mengambil-alih platform sistem operasi mudah-alih terkemuka, iaitu webOS daripada HP mula kedengaran kembali, apatah lagi baru-baru ini Samsung telah mengambil Timbalan Presiden bahagian Pemasaran Komputer Peribadi daripada HP untuk menjaga bahagian jualan PC daripada Samsung.

Samsung boleh diperkatakan antara pengeluar peranti Android yang berjaya, dan pada masa yang sama, satu-satunya pengeluar peranti Android yang memberikan banyak tekanan kepada pihak Apple, dan mampu bersaing dari segi jualan telefon pintar bersama-sama dengan Apple.

Samsung sendiri mempunyai sistem operasi yang dibangunkan mereka sendiri, iaitu BadaOS, namun ianya seperti tidak mendapat permintaan ramai. Jikalau dilihat secara kasar, Samsung merupakan salah satu syarikat yang sememangnya nampak secocok dengan platform webOS, dan berkemungkinan mereka boleh memberikan nyawa kembali kepada platform yang kini tidak begitu pasti masa depannya itu.


TIPS & ULASAN