Akhir-akhir ini, kita sering kedengaran yang mana Nokia seperti telah tidak lagi relevan pada masa kini dengan kemunculan Apple dan juga Google dipersada telefon mudah-alih. Namun begitu, berkemungkinan ianya tidak benar, dan ianya kelihatan yang mana di Malaysia sahaja, Nokia mempunyai pegangan pasaran hampir 64.6%.
Kini, pasaran Nokia kelihatan lebih kepada ke Asia dan Eropah. Pada masa yang sama, tidak lama lagi, Nokia bakal mulakan jualan peranti MeeGo mereka, selain akan memperlihatkan peranti Windows Phone mereka, yang mana semestinya akan membolehkan mereka menaikkan kembali jualan peranti mereka, selain pada masa yang sama memfokuskan teknologi NFC melalui Symbian Belle mereka.