TV Al-Hijrah Kini Turut Menawarkan Siaran Saluran Melalui Web Rasmi

TV Al-Hijrah Kini Turut Menawarkan Siaran Saluran Melalui Web Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 30, 2011 oleh .

Selain daripada melancarkan saluran televisyen Al-Hijrah baru-baru ini kepada semua, kini pihak Al-Hijrah TV juga turut sama menyediakan akses kepada saluran televisyen mereka itu melalui laman web rasmi, membolehkan para pengguna mengikuti saluran mereka secara langsung terus melalui pelayar web masing-masing dengan mudah.

Siaran langsung melalui web Al-HijrahTV itu dijayakan dengan kerjasama pihak AsyikTV dan menggunakan plugin Octoshape untuk menjayakannya. Plugin tersebut disediakan untuk pengguna Windows, OS X dan juga Linux, dan pada masa yang sama para pengguna juga memerlukan akses internet berkelajuan sekurang-kurangnya 150Kbps untuk menontonnya.

Selain daripada siaran saluran TV Al-Hijrah terus melalui web, mereka juga turut sama menyediakan rakaman beberapa video rancangan mereka untuk tatapan para pengguna web dengan mudah.

Tips awal daripada Omar


TIPS & ULASAN