Cari @ Amanz

Ingin membina fail PDF dengan mudah menggunakan peranti iOS anda? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah, dimana hari ini Adobe telah pun secara rasminya melancarkan aplikasi khas untuk para pengguna iOS yang mana setaraf dengan Adobe Acrobat, iaitu CreatePDF. Ianya boleh didapati pada harga $9.99 melalui Apple AppStore.

Melalui aplikasi CreatePDF, ianya akan menjadikan CreatePDF sebagai aplikasi utama untuk membuka fail-fail dokumen, seperti Word, Excel, PowerPoint, OpenOffice dan pelbagai lagi, termasuk fail imej, sekaligus memudahkan para pengguna untuk menghantarkan emel dalam bentuk PDF dengan senang dan pantas.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkan aplikasi ini pada harga $9.99 terus melalui Apple AppStore dengan mudah bermula hari ini untuk iPhone, iPad dan juga iPod Touch.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd