YouTube Menguji Butang Untuk Mengawal Kelajuan Video

YouTube Menguji Butang Untuk Mengawal Kelajuan Video

Diterbitkan pada Ogos 30, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada fungsi-fungsi sedia ada, kini YouTube turut sama menguji salah satu perkara baru pada pemain video mereka, iaitu kebolehan untuk mengawal kelajuan memainkan sesuatu video itu, melalui butang khas yang dinamakan sebagai Speed.

Ianya dilokasikan bersebelahan dengan butang untuk mengawal resolusi video tersebut, dimana para pengguna boleh menjadikan kelajuan memainkan video itu sekali-ganda dan sebagainya dengan mudah, dan mengawal kelajuan sesuatu video itu dimainkan dengan mudah.

Buat masa ini, sokongan ini diperlihatkan kepada segelintir pengguna sahaja, dan berkemungkinan masih lagi pada fasa ujian sebelum ianya diperkenalkan kepada semua pengguna.

Tips awal daripada Faiz


TIPS & ULASAN