HTC Sense 3.5 Diperlihatkan – Membawakan Lebih Animasi Padanya

HTC Sense 3.5 Diperlihatkan – Membawakan Lebih Animasi Padanya

Diterbitkan pada Ogos 30, 2011 oleh .

Selepas beberapa gambar awal antaramuka HTC Sense 3.5 kelihatan di internet, kini sebuah video khas telah pun mula kelihatan di arena internet, memperlihatkan HTC Sense 3.5 secara lebih menyeluruh lagi, dan memperlihatkan pelbagai perkara baru yang bakal diperkenalkan melalui HTC Sense 3.5 kelak.

Secara kasarnya daripada video tersebut, ianya kelihatan yang mana HTC Sense 3.5 membawakan lebih banyak animasi, bar dock yang serba baru, serta pautan pantas kepada aplikasi. Selain daripada itu, ianya juga turut membolehkan para pengguna menambah skrin utama dengan senang, dan membuangnya dengan pantas.

Dengan satu demi satu perkara baru berkaitan HTC Sense 3.5 mula kelihatan, mungkin kita akan dapat melihat peranti yang menggunakannya tidak lama lagi diperkenalkan oleh syarikat pengeluar Taiwan itu. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN