Dengan laman perkongsian fail yang semakin meningkat popular berbanding laman-laman torrent, kini pembangun laman The Pirate Bay telah pun melancarkan laman perkongsian fail mereka tersendiri, iaitu BayFiles, dan menariknya, mereka turut membawakan konsep yang berbeza dengan laman The Pirate Bay.
Menurut pihak The Pirate Bay, salah satu sebab mengapa mereka melancarkan BayFiles untuk membolehkan para pengguna menyimpan dan berkongsi fail dengan mudah. Selain daripada itu, dengan lebih banyak penyedia internet yang mula mengawal laman-laman torrent, dan HTTP biasanya tidak dikawal, dan akan membolehkan BayFiles berfungsi sebagai salah satu alternatif.
Pada masa yang sama, para pengguna boleh juga menjadikan BayFiles sebagai salah satu khidmat storan fail peribadi mereka, dimana fail yang disimpan tidak akan dipadam. Ianya membolehkan para pengguna yang tidak mendaftar memuat-naik fail sehingga 250MB, sebaliknya pengguna berdaftar boleh memuat-naik sehingga 500MB.