Windows 8 Membawakan Sokongan VHD Dan ISO Terbina Padanya

Windows 8 Membawakan Sokongan VHD Dan ISO Terbina Padanya

Diterbitkan pada Ogos 30, 2011 oleh .

Selain daripada antaramuka baru pada Windows 8, salah satu fungsi baru menarik yang bakal didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi generasi baru daripada Microsoft itu kelak adalah sokongan untuk membaca fail VHD dan juga fail ISO dengan mudah tanpa memerlukan aplikasi tambahan seperti sebelum-sebelum ini.

Melalui sokongan baru yang diperkenalkan, ianya membolehkan para pengguna membaca dan menjalankan fail ISO dan VHD sebagai driver khas dan berasingan, dan boleh dilakukannya secara maya, tanpa keperluan sebarang perisian dan aplikasi tambahan.

Selain daripada itu, proses untuk menggunakannya juga mudah, dan pada masa yang sama, para pengguna dengan mudah boleh memindahkannya kepada CD atau DVD dengan mudah. Ianya sekaligus memudahkan para pengguna untuk menyimpan fail-fail dalam bentuk ISO dan VHD dengan senang.


TIPS & ULASAN