Butang Start Dengan Rekabentuk Metro Pada Windows 8 Diperlihatkan

Butang Start Dengan Rekabentuk Metro Pada Windows 8 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 30, 2011 oleh .

Setelah diperlihatkan butang Start baru sebelum ini, kini Microsoft memperlihatkannya dengan lebih jelas lagi melalui video terbaru mereka, dimana melalui butang Start baru yang diperlihatkan, ianya membawakan dan menggunakan rekabentuk antaramuka Metro dengan lebih menyeluruh padanya.

Pada masa yang sama, berkemungkinan mereka turut juga akan memperkenalkan taskbar baru pada Windows 8 kelak, dimana pada bahagian kanan di desktop, ianya memperlihatkan tarikh, masa, dan juga keadaan bateri dan sambungan internet dengan lebih besar lagi.

Menu yang diperlihatkan pada butang Start juga kelihatan baru, dimana ianya menyertakan Settings, Devices, Share dan juga Search. Secara kasarnya, ianya turut memperlihatkan yang mana Windows 8 kelak akan membolehkan sokongan integrasi lebih daripada satu peranti, berkemungkinan termasuk Windows Phone dan juga Xbox Live.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin masih pada peringkat awal, dan berkemungkinan lebih banyak perubahan akan diperkenalkan oleh Microsoft pada versi akhirnya kelak.


TIPS & ULASAN