Carian
Doodle Google Khas Untuk Merdeka Raya Diperlihatkan
August 31, 2011 Aman

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang mana turut jatuh pada hari kedua Hari Raya AidilFitri tahun ini, Google akan membuatkan sebuah logo doodle khas untuknya, yang mana akan diaktifkan bermula daripada tengah malam ini, iaitu bertepatan dengan 31 Ogos 2011 kelak.

Sebelum ini, Google turut telah memperlihatkan doodle khas untuk Merdeka pada tahun 2007 dan juga 2009. Dengan itu, ianya memperlihatkan yang mana Google menyediakan sebuah doodle khas dua tahun sekali khas untuk pengguna Malaysia.

Kemaskini : 31 Ogos

Melalui doodle khas untuk Google Malaysia itu, Google membawakan lambang ketupat dan juga bendera Malaysia, memperlihatkan kedua-dua hari yang jatuh pada hari yang sama. Ianya juga merupakan salah satu cara unik untuk Google Malaysia menyampaikan ucapan mereka kepada para pengguna tempatan.

Komen