Carian
Aplikasi Dolphin Browser Kini Turut Ditawarkan Untuk Para Pengguna iOS
August 31, 2011 Aman

Mungkin ramai yang sedia kenali akan aplikasi pelayar web popular untuk Android, iaitu Dolphin Browser. Menariknya adalah dimana kini kelihatan yang mana pembangunnya turut sama menawarkan aplikasi pelayar web terkemuka itu khas untuk para pengguna iPhone, dan boleh didapati melalui kedai aplikasi Apple bermula hari ini.

Melalui pelayar web Dolphin untuk iPhone, ianya membawakan sokongan gestures untuk membolehkan anda bernavigasi antara web mudah-alih dengan mudah dan senang, sokongan Webzine dan pelayar web dengan tab, Speed Dial, dan banyak lagi. Ianya juga turut membolehkan anda bertukar antara paparan desktop dan mudah-alih dengan senang dan pantas.

Dolphin Browser ini boleh dimuat-turun melalui Apple AppStore secara percuma, dan menyokong iPhone, iPod Touch dan juga iPad, namun tidak dioptimasikan sepenuhnya untuk tablet buat masa ini.

Komen