Kini, Opera telah pun mengeluarkan laporan statistik mereka untuk bulan Julai yang lepas, memperlihatkan penggunaan Opera Mini seluruh dunia meningkat antara 5% hingga 10% secara konsisten, dan pada masa yang sama, meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara di rantau Asia Tenggara dengan penggunaan Opera Mini yang tinggi.
Di Malaysia sahaja, penggunaan Opera Mini memperlihatkan peningkatan angka pengguna unik sehingga 37.7% dengan peningkatan penghantaran dan penerimaan data sehingga 52.0% sejak Julai tahun lepas. Dan walaupun Facebook menyediakan pelbagai aplikasi mudah-alih menarik, ianya kelihatan laman Facebook turut menjadi minat para pengguna tempatan utama untuk membuka melalui Opera Mini, serta diikuti oleh laman Google dan juga YouTube. Laman perkongsian 4Shared.com dan juga FilesTube turut menjadi pilihan utama pengguna Malaysia untuk membuka melalui Opera Mini.
Dari segi peranti yang digunakan oleh para pengguna Malaysia pula, yang utamanya adalah peranti Nokia, memperlihatkan yang mana pengguna Nokia tempatan lebih meminati menggunakan pelayar web Opera Mini untuk melayari laman web.
Walaubagaimanapun, laporan yang dikeluarkan oleh pihak Opera ini adalah lebih kepada penggunaan Opera Mini dan bukannya pelayar web Opera Dekstop ataupun Opera Mobile mereka.