Firefox Untuk Tablet Honeycomb Diperlihatkan

Firefox Untuk Tablet Honeycomb Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 31, 2011 oleh .

Selain daripada pembangun aplikasi pelayar web Dolphin yang telah melancarkan aplikasi mereka untuk pengguna tablet Android, kini Mozilla turut dijangka akan melakukan perkara sama, dimana melalui sebuah artikel khas, mereka telah pun memperlihatkan antaramuka akan datang pelayar web mereka untuk para pengguna tablet.

Melaluinya kelak, ianya membawakan antaramuka yang dioptimasikan khas untuk tablet, serta menyertakan pelbagai fungsi yang turut didatangkan bersama-sama versi telefon pintar, seperti sokongan Awesomebar. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan, namun, dengan pembangunan Firefox yang pantas sekarang ini, mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi.

Sebelum ini, Mozilla turut sama telah memperkenalkan Firefox 6 untuk Android yang mana turut dioptimasikan untuk tablet, tetapi bukannya menyeluruh seperti khas untuk Honeycomb ini.


TIPS & ULASAN