Cari @ Amanz

Dalam usaha menjadikan laman carian lebih interaktif, kini Google terus menambah beberapa fungsi baru, dimana yang terkini, Google memperlihatkan penerangan ringkas untuk kata carian umum, sekaligus memudahkan para pengguna mengenali sesuatu perkara dengan mudah.

Melaluinya, Google menarik beberapa data daripada laman ensiklopedia popular, iaitu WikiPedia, dan memperlihatkannya dibahagian tepi kanan laman, selain turut sama menyenaraikan keputusan carian seperti biasa.

Buat masa ini, Google hanya memperlihatkan fungsi ini kepada segelintir pengguna sahaja, dan berkemungkinan masih lagi dalam fasa ujian, sebelum ianya diperlihatkan secara rasmi kepada semua.

Info awal daripada Azah

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd