Cari @ Amanz

Zynga terus memperluaskan tawaran permainan sosial mereka, dimana terkini, mereka telah pun memperlihatkan trailer terbaru untuk permainan yang bakal dilancarkan oleh mereka tidak lama lagi, dinamakan sebagai Adventure World. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum.

Secara ringkasnya, ianya memperlihatkan yang mana permainan tersebut kelak akan membawakan corak permainan dalam bentuk pengembaraan, dan seperti permainan Zynga yang lain, ianya akan memerlukan para pemain untuk bekerjasama bersama rakan-rakan mereka yang lain untuk terus mengembara ke peringkat yang seterusnya.

Sebelum ini, Zynga turut sama telah memperkenalkan beberapa permainan terbaru, termasuk Empires & Allies dan juga The Pioneer Trail.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd