Cari @ Amanz

Nampaknya, ianya kini kelihatan yang mana Google telah pun mulakan ujian fungsi komuniti pada laman sosial mereka, Google+, dimana para pengguna boleh mengujinya sekarang secara kasar, namun masih tidak boleh digunakan secara menyeluruh buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Buat masa ini, para pengguna boleh melihat secara kasar fungsi tersebut, dimana para pengguna boleh edit halaman profail mereka, dan mengubah nama tempat belajar ataupun tempat kerja, dan Google akan memperlihatkan pelbagai cadangan, bersama-sama dengan logo khas untuknya.

Ianya tidak diketahui bagaimanakah Google mengumpulkan data tersebut, tetapi ianya kelihatan yang mana, Google telah pun menyediakan pelbagai pilihan dan cadangan nama syarikat dan institusi melalui fungsi tersebut, dan berkemungkinan mereka akan menyatukan semua pengguna yang memilih pilihan sama melalui satu halaman khas kelak.

Sama-sama kita nantikan perkembangan Google+ yang dinantikan ramai itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd