Nokia 703 – Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia?

Nokia 703 – Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia?

Diterbitkan pada Ogos 31, 2011 oleh .

Ramai yang menantikan peranti Windows Phone pertama daripada Nokia, dan kini menariknya sebuah imej awal mula tersebar diinternet yang mana dilabelkan sebagai Nokia 703, dengan beberapa info berkenaan spesifikasi dan sebagainya turut sama kelihatan. Ianya juga kelihatan menyerupai peranti Sea Ray yang diperkatakan sebelum ini.

Namun begitu, imej dan kesahihan info berkaitan dengannya masih tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini. Melalui spesifikasi yang diperlihatkan, ianya menunjukkan Nokia 703 ini membawakan skrin seluas 3.7-inci dengan resolusi 480×800 pixel, kamera 5-megapixel, memori terbina 512MB RAM, dan juga storan seluas 8GB dan dijangka dijual sekitar penghujung November kelak.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan buat masa ini, dan sekiranya ianya benar, dan menggunakan nama Nokia 703, harganya mungkin menyerupai harga peranti Symbian Belle yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu Nokia 700 dan juga Nokia 701.


TIPS & ULASAN