Setelah mematikan sokongan Google Gears sebelum ini, kini Google memperkenalkan alternatifnya, dimana hari ini mereka telah pun melancarkan sokongan luar-talian melalui penggunaan teknologi HTML5 untuk aplikasi web GMail, Google Calendar dan juga Google Docs mereka.
Sokongan yang diperkenalkan dalam bentuk HTML5 dan juga merupakan aplikasi Chrome, dimana para pengguna boleh memasangnya dengan mudah melalui Chrome WebStore, dan kemudiannya mengakses emel-emel terus dengan mudah walaupun tiada sokongan internet. Menariknya adalah ianya juga turut sama membawakan paparan antaramuka dalam bentuk lebih kurang sama seperti aplikasi GMail untuk tablet.
Bagi yang berminat, anda boleh memasang aplikasi ini pada Chrome dengan memuat-turun terus dari Chrome WebStore hari ini. Selain daripada GMail, aplikasi HTML5 untuk Chrome bagi aplikasi Google Calendar dan juga Google Docs dijangka akan diperkenalkan bermula minggu hadapan.