Carian
Facebook Bakal Melancarkan Perkhidmatan Muzik Pada 22 September?
September 1, 2011 Aman

Salah satu perkhidmatan yang dinantikan ramai adalah Facebook Music, dan kini CNBC melaporkan melalui akaun Twitter mereka dimana Facebook bakal melancarkan perkhidmatan muzik daripada mereka itu pada 22 September akan datang ini, iaitu dalam masa beberapa minggu dari hari ini.

Sebelum ini sendiri, ianya pernah diperkatakan yang mana Facebook bakal melancarkan perkhidmatan muzik melalui laman sosial terkemuka itu, membolehkan para pengguna mendengar dan berkongsi muzik dengan senang. Mereka juga dijangka membuka platform dan bekerjasama bersama-sama dengan beberapa pihak, termasuk Spotify dan lain-lain.

Sehingga kini, maklumat lanjut berkaitan dengannya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, dan berkemungkinan untuk menjayakannya, para pengguna turut sama perlu memasang plugin tambahan seperti mana untuk perkhidmatan panggilan video Facebook. Sama-sama kita nantikan pelancarannya.

Facebook To Launch Music Service Sept. 22 #Facebook @Facebook #itunesless than a minute ago via Seesmic Favorite Retweet Reply

Komen