Cari @ Amanz

Setelah Google menguji antaramuka dashboard baru untuk Blogger sebelum ini melalui Blogger In Draft, hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan antaramuka baru tersebut kepada semua pengguna Blogger, dan akan boleh diakses oleh semua secara berperingkat dalam beberapa hari lagi.

Google mengatakan yang mana para pengguna akan melihat sebuah pop-up khas tidak lama lagi membolehkan mereka menggunakan antaramuka baru dashboard Blogger tersebut, yang mana melaluinya, ianya membawakan pelbagai peningkatan, dimana lebih pantas dan efisyen berbanding yang sedia ada.

Para pengguna juga boleh mengemaskini blog mereka dengan mudah dan pantas, dengan butang pantas untuk menulis entri. Selain daripada itu, ianya turut membawakan rekabentuk yang lebih luas, membolehkan para pengguna berasa selesa ketika menaip dan menulis di Blogger.

Melalui kemaskini baru juga, ianya turut membawakan pelbagai peningkatan pada halaman utama dashboard, dimana para pengguna boleh mengikuti lebih banyak kemaskini dan mengetahui pelbagai data berkaitan dengan blog mereka dengan pantas dan senang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd