Cari @ Amanz

Mungkin ramai sudah ketahui yang mana Apple pada tahun lepas pernah kehilangan prototaip untuk iPhone 4, yang mana kemudiannya ianya telah didapatkan oleh Gizmodo pada harga $5000, sebelum ditulis pada laman web mereka. Nampaknya, kini perkara tersebut berulang, apabila Apple dilaporkan turut kehilangan lagi satu peranti prototaip iPhone mereka tahun ini.

Ianya diperkatakan yang mana Apple telah kehilangan peranti tersebut di sebuah bar seperti sebelum ini. Namun begitu, ianya diperkatakan mereka berjaya mengetahui lokasi terakhir iPhone tersebut, namun tidak berjumpa mendapatkannya kembali.

Walaubagaimanapun, tiada laman terkemuka yang telah mendapatkan peranti prototaip itu buat masa ini. Sebelum ini, Apple telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Gizmodo, namun ditarik-balik pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd