Twitter Menyokong Penghantaran Tweet Ke Facebook Secara Rasmi

Twitter Menyokong Penghantaran Tweet Ke Facebook Secara Rasmi

Diterbitkan pada Sep 1, 2011 oleh .

Sebelum ini, para pengguna boleh mengintegrasikan akaun Twitter bersama-sama dengan Facebook dengan mudah dan senang, melalui sokongan beberapa aplikasi yang dibangunkan pihak ketiga dan sebagainya. Menariknya, kini ianya kelihatan yang mana Twitter sendiri telah memperkenalkan sokongan tersebut secara rasmi, sekaligus memudahkan pengguna untuk mengintegrasikannya.

Melalui halaman profail pada Twitter, kini para pengguna boleh mengintegrasikannya dengan mudah, dan dengannya, ianya akan membolehkan semua Tweet anda dihantarkan terus ke halaman Facebook dengan mudah. Walaubagaimanapun, seperti biasa, Tweet balasan, RT dan juga DM tidak akan dihantar ke Facebook.

Selain daripada menambahnya di halaman profail, pada pengguna juga boleh menambahnya melalui aplikasi khas Facebook yang disediakan oleh Twitter sendiri.

Tips daripada Sitti


TIPS & ULASAN