Cari @ Amanz

Samsung Mengumumkan Galaxy Tab 7.7 Secara Rasminya

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini, Samsung secara rasminya telah pun melancarkan tablet baru mereka, iaitu Galaxy Tab 7.7, membawakan skrin bersaiz 7.7-inci, dan tidak seperti yang diperkatakan sebelum ini, ianya menggunakan Android 3.2, dan amat berbeza sekali dengan gambar yang tersebar sebelum ini.

Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan panel Super AMOLED, cip pemprosesa dwi-teras dengan kelajuan 1.4GHz, menyokong HSPA+, kamera hadapan 2-megapixel dan juga kamera belakang 3-megapixel, serta slot khas untuk mikroSD. Ianya juga membawakan bater 5100 mAh membolehkan para pengguna menikmati video sehingga 10 jam melaluinya. Dan seperti tablet generasi pertama Samsung, Galaxy Tab 7.7 turut sama menyokong panggilan suara melaluinya.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya di Malaysia dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi.


Komen ()