Wacom ialah syarikat pengeluar tablet lukisan yang tidak asing lagi. Tablet berjenama Intuos dan Bamboo mereka adalah senjata utama pelukis digital serata dunia. Sungguhpun tablet adalah peranti yang memudahkan penghasilan karya seni digital, ianya tidak mudah dipelajari dan mengambil masa untuk dikuasai sepenuhnya.
Ianya adalah sedikit pelik apabila melukis diatas tablet diatas meja tetapi mata melihat kehadapan pada paparan skrin komputer. Perkara ini turut menjadikan perasaan melukis diatas tablet tidak sama seperti melukis diatas sekeping kertas.
Secara keseluruhan melukis diatas tablet masih belum dapat menandingi kepuasan melukis menggunakan pena dan kertas. Disinilah Wacom Inkling cuba merubah segalanya. Wacom Inkling ialah peranti yang mampu memberikan kepuasan melukis diatas kertas dan pada masa yang sama menghasilkan versi digitalnya karya yang tersebut pada masa yang sama.
Ini dilakukan dengan penggunaan penderia pada Wacom Inkling merekodkan pergerakan pena ketika melukis. Bila penderia disambungkan kepada komputer dengan menggunakan kabel USB, karya yang disimpan boleh dimuat naik dengan muda. Setiap penderia mampu menyimpan 50 lukisan pada satu-satu masa sebelum perlu dimuat naik. Pena Wacom Inkling bakal muncul dipasaran pertengahan bulan ini dengan harga saranan USD 199.
Tips awal turut dihantar oleh Ekspresi Ruang.