Carian
Samsung Memperkenalkan Galaxy Note Dengan S Pen
September 1, 2011 Aman

Selain daripada Galaxy Tab 7.7, Samsung juga turut sama mengumumkan peranti baru mereka, iaitu Galaxy Note, yang mana boleh diperkatakan sebagai gabungan tablet dan juga telefon pintar, membawakan skrin seluas 5.3-inci bersama-sama dengannya, dan menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dan antaramuka TouchWiz.

Menariknya adalah, seperti diperkatakan oleh salah seorang pembaca Amanz melalui komen sebelum ini, Galaxy Note turut didatangkan dengan pen khas ataupun yang mana dikenali sebagai S Pen, yang mana memudahkan tugas pengguna untuk mengambil nota, selain beberapa aplikasi khas untuk menambah lagi penggunaan stylus tersebut. Samsung juga dijangka akan memperkenalkan S Pen SDK, membolehkan para pembangun turut mengambil peluang, dan membangunkan aplikasi untuknya.

Harga dan tarikh jualannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Komen