Google Masih Dalam Penyediaan Untuk Melancarkan Google Drive?

Google Masih Dalam Penyediaan Untuk Melancarkan Google Drive?

Diterbitkan pada Sep 1, 2011 oleh .

Sebelum ini, mungkin ramai yang ketahui mengenai Google Drive yang dikatakan akan dilancarkan. Namun, dengan pelancaran sokongan dokumen pada Google Docs, berita tersebut dihentikan, apatah lagi ruangan storan yang makin bertambah setiap hari di GMail. Namun begitu, nampaknya, kini Google dalam perancangan dan penyediaan untuk melancarkan Google Drive mereka tidak lama lagi.

Melalui sebuah tiket khas di forum pembangunan Chromium, ianya didapati terdapatnya perbincangan mengenai sebuah URL baru, iaitu drive.google.com. Namun begitu, URL tersebut masih tidak boleh diakses buat masa ini. Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya diketahui buat masa ini.

Seperti sedia maklum, kini Google mempunyai dua platform terkemuka sendiri, iaitu Chrome OS dan juga Android, dan dengan adanya sebuah sistem storan atas-talian mereka sendiri, iaitu Google Drive, berkemungkinan ianya akan membolehkan para pengguna mengakses fail-fail dengan mudah menggunakan sebarang platform. Dan memandangkan ianya adalah Google, kemungkinan untuk ianya turut dilancarkan kepada para pengguna Windows, Linux, dan juga Mac, serta sokongan terbina pada Chrome, adalah sesuatu yang tidak mustahil.


TIPS & ULASAN