Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia kenali penyedia dan pembangun aplikasi antivirus terkemuka, iaitu AVG. Hari ini, AVG secara rasminya telah pun melancarkan kemaskini kepada aplikasi antivirus mereka, berbayar dan juga percuma, dimana para pengguna yang berminat dan sedia ada boleh mengemaskini aplikasi mereka kepada AVG Anti-Virus 2012.

AVG Anti-Virus Free merupakan antara aplikasi antivirus percuma yang digunakan ramai hari ini, dan melalui kemaskini AVG Anti-Virus Free 2012 ini, AVG membawakan pelbagai peningkatan pada aplikasi sekuriti mereka itu, dimana kini lebih ringan, pantas dan bersaiz kecil berbanding sebelum-sebelum ini.

Antara pencapaian dan perkara yang baru dibawakan melalui AVG Anti-Virus 2012 adalah termasuk saiz muat-turun yang lebih 50% kecil berbanding sebelum-sebelum ini, pengurangan penggunaan ruangan storan sehingga lebih 45%, dan menariknya AVG 2012 turut sama membawakan pengurangan memori sehingga 20% berbanding sebelum-sebelum ini, serta lebih pantas berbanding sebelum ini.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan aplikasi AVG Anti-Virus Free 2012 secara percuma daripada halaman rasmi mereka, dan mula melindungi komputer anda hari ini

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd