Selamat Ulang Tahun Ketiga, Chrome

Selamat Ulang Tahun Ketiga, Chrome

Diterbitkan pada Sep 2, 2011 oleh .

Hari ini, genap 3 tahun sejak pelayar web yang disukai ramai, iaitu projek sumber terbuka Google Chrome diumumkan, dimana sejak daripada itu, pelbagai perkara telah berlaku dalam industri pelayar web, dimana kebanyakkan pelayar web utama kini lebih pantas dan ringan berbanding sebelum-sebelum ini.

Google Chrome 1.0 telah dilancarkan kepada umum pada 11 Disember 2008. Kini, pembangunan Chrome 15 telah pun dimulakan, dimana Chrome 14 ditawarkan dalam bentuk beta, selain Chrome 13 yang ditawarkan melalui saluran stabil mereka. Chrome boleh diperkatakan salah satu pelayar web yang ringan dan pantas, serta menyediakan pelbagai sokongan sekuriti melaluinya.

Baru-baru ini, Chrome turut diperkatakan akan membawakan sokongan aplikasi C+ melaluinya, membolehkan lebih banyak aplikasi kelak dijalankan terus melalui pelayar web Google itu.

Kini, bersempena dengan ulang-tahun ketiga Chrome, Google turut menyediakan sebuah infografik ringkas dalam bentuk HTML5, memperlihatkan evolusi teknologi dan pelayar web dari dulu sehingga sekarang.


TIPS & ULASAN