HTC hari ini telah pun memperkenalkan dua peranti Windows Phone Mango mereka kepada umum secara rasminya, iaitu HTC Titan dan juga HTC Radar, dimana kedua-dua peranti tersebut dijangka akan mula dijual di pasaran Asia bermula dari bulan Oktober kelak. Harga bagi peranti tersebut masih tidak diketahui buat masa ini.
HTC Titan membawakan skrin seluas 4.7-inci – skrin terbesar pada peranti Windows Phone, cip pemprosesan 1.5GHz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3 megapixel, serta pelbagai sokongan telefon pintar terbina yang lain.
HTC Radar turut sama menggunakan Windows Phone Mango, dimana didatangkan bersama-sama dengan skrin sentuh seluas 3.8-inci, cip pemprosesan 1GHz, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan VGA, dan pelbagai sokongan asas yang lain.
Dengan pelancaran peranti ini juga, Microsoft turut sama mengesahkan yang mana Mango akan menyokong kamera hadapan pada telefon pintar, dan mungkin lebih banyak peranti baru Windows Phone Mango akan kelihatan selepas ini.