Kemaskini Windows Phone Mango Bermula Daripada 15 September?

Kemaskini Windows Phone Mango Bermula Daripada 15 September?

Diterbitkan pada Sep 2, 2011 oleh .

Kini, satu per satu peranti baru Windows Phone Mango mula kelihatan, dan ianya turut diperkatakan yang mana Microsoft bakal melancarkan kemaskini Windows Phone Mango kepada pengguna sedia ada bermula daripada 15 September kelak. Namun perkara ini tidak disahkan secara rasmi oleh Microsoft buat masa ini.

Sebelum ini, HTC telah pun melancarkan dua peranti baru mereka, iaitu HTC Titan dan juga HTC Radar, yang mana kedua-duanya membawakan Mango bersama dengannya dan akan mula dijula bermula daripada bulan Oktober kelak.

Melalui Mango, Microsoft bakal membawakan sehingga lebih daripada 500 kemaskini kepada platform sistem operasi mudah-alih mereka, termasuk pelbagai sokongan baru bersama-sama dengannya. Ianya juga turut dilaporkan yang mana para pengeluar peranti kini dalam proses akhir penyediaan sebelum mengeluarkan kemaskini Mango kepada pengguna sedia ada. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN