Seperti semua sedia maklum, sebelum ini kami telah mengadakan sebuah pertandingan ringkas untuk merekabentuk baju-t eksklusif Amanz, dan mungkin semua sedia ketahui akan pemenangnya. Kami akan mulakan percetakan untuk baju-t tersebut tidak lama lagi, dan bagi yang berminat untuk mendapatkannya, mungkin anda boleh mengumpulkan mata ganjaran #AmanzRewards bermula hari ini.
Seperti dijanjikan, berikut merupakan 15 pemenang bertuah yang akan menerima hadiah berupa sebuah baju-T eksklusif Amanz bersama-sama dengan beberapa hadiah kecil yang lain. Untuk rekabentuk baju-T, kami telah memilih rekaan saudara Shafawi Hamzah, yang mana akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 4 baucer makanan McDonalds, dan juga sebuah keychain khas Amanz Network.
Empat pemenang seterusnya yang memenangi hati para juri di Amanz Network pula adalah:
- Arif Tukiman
- Afirul Afif
- Nasiruddin Zahari
- Ajmal Eylia
Masing-masing daripada mereka akan menerima sehelai baju-T khas Amanz Network, 3 baucer makanan McDonalds dan juga sebuah keychain eksklusif Amanz Network. Dan 10 pemenang saguhati yang memenangi baucer diskaun baju-T khas Amanz untuk pertandingan ringkas tersebut adalah:
- Ming Go
- Firdaus Epi
- Syazwan Syafiq
- Siti Liyana
- Sapik Dzul
- Ahmad Murshid
- Ayie 1012
- Azrai Aizat
- Shahrul Site
- Muhammad Arib
Kami akan menghubungi pemenang dalam minggu akan datang, dan segala urusan pengeposan dijangka akan bermula apabila baju-T tersebut selesai dicetak (dijangka sekitar penghujung September atau awal Oktober kelak).