Cari @ Amanz

Dengan musim perayaan, mungkin ramai yang dapat menjangka akan carian popular di Google Malaysia sepanjang minggu lepas, iaitu daripada 26 Ogos hingga 1 September yang lepas, dimana salah satu carian utama sepanjang minggu tersebut adalah berkaitan dengan Hari Raya.

Eid Mubarak

Dengan 1 Syawal yang jatuh pada 30 Ogos yang lepas, ramai pengguna tempatan telah menggunakan khidmat carian Google untuk mendapatkan pelbagai perkara berkaitan dengannya, termasuk dari ucapan, lagu raya dan sebagainya.

Google Gravity

Salah satu aplikasi berasaskan web yang menarik turut mendapat perhatian ramai pengguna tempatan, dimana melaluinya ianya memperlihatkan enjin carian Google dengan daya graviti, dimana kebanyakkan elemen padanya jatuh ke bawah disebabkan tarikan graviti.

Steve Jobs

Mungkin ramai kenali akan orang kuat Apple, iaitu Steve Jobs. Baru-baru ini, beliau telah pun mengumumkan persaraan beliau daripada menjadi CEO untuk Apple Inc, sekaligus mendapat perhatian ramai pengguna, termasuk dari Malaysia sendiri. Beliau kini digantikan oleh Tim Cook sebagai CEO Apple.

Ucapan Hari Raya / Pantun Raya

Untuk meraikan hari lebaran, ramai pengguna tempatan mencari pelbagai perkara menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan mereka yang lain, termasuk dalam bentuk ucapan dan juga pantun.

The Voice

Salah satu rancangan realiti terbaru di Amerika Syarikat nampaknya turut mendapat peminatnya yang tersendiri di Malaysia, dimana ramai mula mencari pelbagai maklumat tambahan berkenaan dengan rancangan “The Voice of Holland” ini melalui Google Malaysia.

Park Min Young

Seperti sedia maklum, Park Min Young, mempunyai peminatnya tersendiri di Malaysia, dan baru-baru ini, beliau telah membuat kenyataan rasmi berkenaan dengan yang mana beliau sedang bercinta bersama-sama dengan pelakon Korea, Lee Min Ho.

F1

Dengan F1 musim 2011 yang semakin menghampiri penghujungnya, para peminatnya mula menjangka akan Sebastian Vettel bakal menjulang kejuaraan untuk tahun 2011 selepas beliau menang di Belgium pada Ahad yang lepas.

Adam Levine

Salah seorang juri untuk rancangan “The Voice” diperkatakan sedikit kecewa dengan rancangan “American Idol”.

PLUS

Dengan musim perayaan, ramai pengguna tempatan mula mendapatkan maklumat lanjut berkaitan waktu perjalanan yang dinasihatkan oleh PLUS untuk mereka bergerak pulang kekampung, selain pada masa yang sama mengikuti maklumat trafik dan sebagainya.

Maswings

Ramai pelanggan mula mendapatkan kemaskini berita terkini berkaitan dengan penerbangan Twin Otter di lapangan terbang Lawas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd