Dengan hanya berbaki enam minggu lagi, kini pembangun sistem operasi sumber terbuka, Ubuntu telah pun melepaskan versi beta pertama untuk Ubuntu 11.10 Oneiric Orcelot yang mana membawakan pelbagai perubahan, dan membolehkan para pengguna yang berminat mengujinya terlebih dahulu, sebelum ianya dilancarkan pada bulan Oktober kelak.
Melalui Ubuntu 11.10 Beta ini, ianya membawakan pelbagai perkara baru dari segi antaramuka dan juga aplikasi dan perisian yang digunakan padanya. Ubuntu 11.10 Beta membawakan GNOME 3, pelayar web Firefox 7 Beta, aplikasi pejabat LibreOffice 3.4.2, dan pelbagai perubahan pada antaramuka Ubuntu sedia ada, termasuk Ubuntu Software Centre yang diberikan nafas baru.
Bagi yang berminat, boleh mendapatkan dan memuat-turun sistem operasi Ubuntu 11.10 Beta ini terlebih dahulu dan mengujinya sebelum ianya dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.