Cari @ Amanz

Sebelum ini, ianya pernah diperkatakan yang mana Apple akan membawakan permukaan yang lebih luas melalui iPhone generasi baru mereka. Dan menariknya, kini melalui sebuah ikon baru iPhone yang ditemui pada Photo Stream Beta untuk para pembangun, dan berkemungkinan rekabentuk akhir iPhone generasi baru kelak serba sebanyak menyerupai rekabentuk tersebut.

Selain daripada itu, apa yang turut kelihatan adalah dimana butang Home pada iPhone tersebut juga kelihatan dalam bentuk sedikit petak berbanding pada iPhone generasi sekarang ini. Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ianya hanya sekadar sebuah ikon sahaja, dan berkemungkinan rekabentuk akhir kelak sedikit menyerupainya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Apple berkaitan dengannya yang dijangka akan berlaku pada penghujung September ini ataupun pada awal Oktober hadapan.


Adakah ianya akan kelihatan begini? [via]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd