Cari @ Amanz

Google Dan Tourism Malaysia Ingin Ketahui Lokasi Pertama Street View Malaysia Yang Diinginkan

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah sekian lama dinantikan, kini Google Malaysia mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan pihak Tourism Malaysia, dimana kini mereka mula mengumpulkan tempat kegemaran yang disukai oleh rakyat Malaysia, untuk dijadikan sebagai antara tempat pertama yang disokong melalui Google Street View. Untuk menjayakannya, pihak Google Malaysia turut menyediakan sebuah halaman khas untuk mengumpulkan undian.

Melaluinya dilihat yang mana Google Malaysia bakal menumpukan perhatian kepada beberapa tempat pelancongan terlebih dahulu. Para pengguna kini boleh mengundi tempat-tempat pilihan mereka melalui lima ketegori yang disediakan terlebih dahulu, iaitu Historical, Cultural, Toursim, Urban, dan juga Nature. Pada masa yang sama, pengguna turut sama dilihat boleh menghantarkan cadangan kepada Google untuk tempat-tempat menarik yang lain.

Ianya diperkatakan yang mana Google bakal memperkenalkan sokongan Google Street View pada lokasi-lokasi yang dipilih oleh para pengguna terlebih dahulu, sebelum ianya diperkenalkan kepada semua lokasi di seluruh negara.

Google Malaysia dijangka akan menamatkan undian untuknya pada 30 September kelak, dan seterusnya proses rakaman dan sebagainya akan dimulakan yang dijangka akan mengambil masa beberapa bulan sebelum Street View untuk lokasi tersebut diaktifkan.

Jadi, apa tunggu lagi? Lakukan undian anda hari ini, dan sama-sama kita nantikan Google Street View di lokasi-lokasi menarik sekitar Malaysia.


Komen ()