Samsung Tidak Ingin Membeli webOS Milik HP

Samsung Tidak Ingin Membeli webOS Milik HP

Diterbitkan pada Sep 2, 2011 oleh .

Sebelum ini, ianya pernah diperkatakan yang mana Samsung berkemungkinan akan mengambil-alih sistem operasi mudah-alih webOS daripada HP. Namun begitu, hari ini, Samsung secara rasminya telah pun menghentikan ura-ura tersebut dengan mengatakan yang mana mereka tidak bercadang untuk mengambil-alih sistem operasi webOS tersebut.

webOS merupakan antara sistem operasi mudah-alih yang menarik dengan membawakan pelbagai sokongan dan juga antaramuka yang terbaik. HP baru-baru ini telah menghentikan pengeluaran tablet dan juga telefon pintar yang menggunakan platform tersebut, yang telah membawa ura-ura kepada penjualan webOS. Namun HP tidak mengesahkan sebarang perkara berkaitan dengan penjualan webOS, tetapi pernah memperkatakan yang mana mereka mungkin melesenkannya kepada pengeluar peranti mudah-alih yang lain.

Selain daripada Samsung, antara pengeluar lain yang diperkatakan turut berminat dengan webOS adalah HTC dan juga Facebook. Namun ianya masih diperingkat ura-ura buat masa ini, tanpa sebarang pengesahan rasmi daripada sebarang pihak.


TIPS & ULASAN