Firefox 9 Nightly Membawakan Peningkatan Lebih 30% Dari Segi Prestasi JavaScript

Firefox 9 Nightly Membawakan Peningkatan Lebih 30% Dari Segi Prestasi JavaScript

Diterbitkan pada Sep 2, 2011 oleh .

Firefox 9 seperti yang dinantikan, akan membawakan perubahan dari segi antaramuka dan juga halaman tab baru. Namun, ianya dilihat, bukan itu sahaja, tetapi turut sama membawakan peningkatan prestasinya, dimana melalui ujian ringkas yang dilakukan, versi pembangunan Firefox 9 Nightly memperlihatkan peningkatan pengurusan JavaScript padanya sehingga lebih 30%.

Walaubagaimanapun, perbandingan yang dilakukan adalah berbanding dengan Firefox 6, memandangkan Firefox 7 dan 8 masih lagi dalam pembangunan. Melalui Firefox 7 dan 8, Mozilla turut sama dijangka akan membawakan peningkatan dari segi pengurusan penggunaan memori komputer padanya, sekaligus menjadikan pelayar web lebih stabil dan pantas berbanding sebelum-sebelum ini.

Selain daripada itu, ianya juga dilihat secara rambangnya kini, dimana Mozilla kini semakin hampiri Chrome dari segi prestasi, dan mungkin akan mula memberikan saingan sengit kepada Chrome, selain pada masa yang sama, menguntungkan para penggunanya.


TIPS & ULASAN