Salah satu acara Google yang dinantikan ramai pembangun tempatan adalah Google DevFest, dan bersempena dengan tahun ini, acara tersebut bakal diadakan pada penghujung bulan ini, iaitu pada 29 September 2011, di Kuala Lumpur. Buat masa ini, ianya masih lagi pada perancangan awal, dan maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diketahui tidak lama lagi.
Halaman rasmi untuk Google DevFest 2011 Kuala Lumpur juga sudah aktif, tetapi masih belum dikemaskini dengan maklumat lokasi dan agenda buat masa ini. Melalui DevFest, Google kelak akan berkongsikan pelbagai data dan ilmu berkaitan dengan teknologi Google dan juga produk yang dikhaskan untuk pembangun. Ianya juga pada masa yang sama membolehkan pembangun berjumpa dengan pembangun Google yang lain, dan menguatkan lagi rangkaian mereka.
Dan menariknya lagi adalah dimana DevFest merupakan acara percuma, tetapi mempunyai penyertaan yang terhad, dan hanya mereka yang mendaftar awal sahaja berpeluang menyertainya. Buat masa ini, penyertaan untuk Google DevFest 2011 Kuala Lumpur masih belum dibuka lagi.
Save this date in your calendar: 29th September 2011. Kuala Lumpur Google DevFest is back!