Setelah mematikan Google Labs dan juga Slide sebelum ini, kini Google turut dilihat telah mematikan Aardvark yang diambil telah diambil-alih oleh Google pada Februari 2010 yang lepas pada harga $50 juta. Mungkin penutupan beberapa bahagian di Google ini merupakan salah satu strategi baru mereka untuk memfokuskan kepada produk-produk sedia ada yang lain.
Bagi yang tidak kenali akan Aardvark, ianya merupakan salah satu perkhidmatan carian sosial, yang mana menyediakan jawapan kepada soalan yang ditanyakan oleh pengguna. Selain daripada itu, ianya kelihatan yang mana teknologi tersebut akan diintegrasikan bersama-sama dengan Google+, dengan beberapa fungsi baru dijangka akan diperkenalkan padanya tidak lama lagi.