Cari @ Amanz

Selain daripada TouchWiz mereka, kini ianya kelihatan yang mana Samsung telah pun melancarkan sebuah aplikasi baru mereka, dinamakan sebagai Pure Breeze yang membawakan sedikit perubahan pada permulaan dan penggunaan aplikasi pada peranti Android. Aplikasi tersebut juga didatangkan dalam dua versi, iaitu berbayar dan juga percuma.

Melalui apa yang dilihat, melalui Pure Breeze, Samsung membolehkan para pengguna memudahkan akses ke sesuatu aplikasi itu dengan mudah, selain pada masa yang sama menambah akses pantas untuknya, serta menyusun aplikasi dengan mudah pada satu Group khas. Selain daripada itu, Pure Breeze juga memudahkan anda melakukan sesuatu kerja dengan menggunakan lebih daripada satu aplikasi, dimana anda boleh kembali ke sesuatu aplikasi itu dengan mudah apabila selesai melakukan tugas menggunakan aplikasi lain.

Samsung Pure Breeze ini boleh diperkatakan masih lagi pada peringkat awal pembangunan dan mempunyai pelbagai perkara yang perlu ditambah baik lagi. Namun, ianya sesuatu yang menarik untuk melihat Samsung menyediakan launcher Android mereka sendiri. Mungkinkah ianya akan menjadi sebahagian daripada TouchWiz mereka tidak lama lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd