Google Menamatkan Beberapa Produk Termasuk Google Pack Dan Desktop

Google Menamatkan Beberapa Produk Termasuk Google Pack Dan Desktop

Diterbitkan pada Sep 3, 2011 oleh .

Hari ini, Google membersihkan dan mengemask-kini beberapa perkara mengenai produk mereka, dimana mereka mengumumkan yang mana beberapa produk dan perkhidmatan mereka akan ditamatkan, dan pada masa yang sama teknologinya diintegrasikan bersama-sama yang lain atau disatukan dengan produk sedia-ada yang lain.

Salah satunya adalah Aardvark seperti yang dikatakan sebelum ini. Selain daripada itu termasuklah Google Desktop yang mana sebelum ini menawarkan fungsi tambahan widget dan juga sokongan carian pada sistem operasi komputer. Ianya bakal ditamatkan pada 14 September kelak. Pada masa yang sama, Google Pack yang menawawrkan muat-turun perisian secara percuma juga turut akan ditamatkan, bermula daripada hari ini.

Google Notebook yang menawarkan sokongan untuk menyimpan nota dan dokumen dengan mudah, akan ditamatkan dalam masa beberapa bulan lagi, dan akan diintegrasikan bersama-sama Google Docs. Selain daripada itu, beberapa produk dan perkhidmatan lain yang turut dihentikan dan diintegrasikan kepada perkhidmatan yang lain adalah termasuk Fast Flip, Google Maps API Flash, Google Web Security, Google Image Labeler, Google Sidewiki, dan juga Google Subscribed Links.


TIPS & ULASAN