Salah satu perkara baru untuk pengguna yang mendaftar akaun Google+, semestinya adalah masalah kekurangan kemaskini pada stream mereka, dan tidak ketahui siapakah yang perlu diikuti. Kini Google telah pun memperkenalkan sebuah fungsi khas, membolehkan para pengguna mengikuti beberapa pengguna tegar Google+ mengikut kategori dengan mudah.
Melalui fungsi tersebut, para pengguna boleh memilih siapa yang mereka ingin ikuti, mengikut pecahan kategori. Antara kategori yang disediakan adalah termasuk hiburan, muzik, berita, fotografi, sukan, politik dan juga teknologi.
Secara ringkasnya, ianya menyediakan fungsi yang lebih kurang sama seperti pada Twitter, dan membolehkan para pengguna mengikuti akaun-akaun selebriti sebenar pada Google+ dengan mudah dan senang.