Laman PTPTN Mendedahkan Lebih 58,000 Data Peminjam

Laman PTPTN Mendedahkan Lebih 58,000 Data Peminjam

Diterbitkan pada Sep 3, 2011 oleh .

Kini, ianya dilihat yang mana melalui pelayan web PTPTN, ianya mendedahkan pelbagai perkara berkaitan seseorang peminjam itu, termasuk nama penuh, alamat emel, nombor telefon dan juga nama kad pengenalan untuk lebih daripada 58,000 ribu. Pada masa yang sama, ianya juga turut membolehkan alamat emel tersebut dispam sekiranya didapati oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, ianya turut menjadi persoalan mengapakah pihak PTPTN memaparkannya pada web mereka tanpa sebarang perlindungan untuk para peminjam mereka. Selain ianya dilihat tidak menjaga privasi peminjam, data-data pengguna tersebut juga turut sama terdedah kepada bahaya yang lain.

Ianya tidak diketahui sejak bilakah dokumen tersebut dipaparkan pada halaman web mereka, tetapi ada baiknya sekiranya mereka membuang dokumen-dokumen tersebut secepat mungkin, sebelum ianya disalah gunakan oleh pihak yang lain.

Kemaskini (5 September) : PTPTN telah dimaklumlan melalui pihak MyCert (201109031027595).

PTPTN sila periksa web server. Kenapa nama penuh, alamat email no telepon no KP senarai penuh peminjam boleh ada dalam web server. Lebi…less than a minute ago via Publish Sync Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN