Kemaskini Android 2.3.4 Diperkenalkan Kepada Pengguna HTC Sensation Di Malaysia

Kemaskini Android 2.3.4 Diperkenalkan Kepada Pengguna HTC Sensation Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 3, 2011 oleh .

Bagi para pengguna HTC Sensation tempatan, kini anda sudah boleh mengemaskini peranti anda kepada sistem operasi Android yang terkini, iaitu Android 2.3.4 bermula daripada hari ini. Seperti kemaskini pada peranti Android yang lain, ianya boleh dilakukan dengan mudah melalui sokongan OTA, tanpa perlu sambungkannya kepada komputer atau desktop.

HTC Sensation telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan Jun yang lepas, dimana peranti yang berharga RM2299 itu ditawarkan pada harga serendah RM1399 melalui DiGi dan juga Maxis. Ianya turut didatangkan dengan Android 2.3 Gingerbread dan juga HTC Sense bersama-sama dengannya.

Melalui kemaskini terbaru ini, ianya membawakan kestabilan perisian yang dipertingkatkan, selain pada masa yang sama turut sama membawakan jangka hayat bateri yang lebih lama berbanding sebelum-sebelum ini. Pada masa yang sama, ianya turut menambah baik resolusi skrin dan juga gambar, serta pelbagai penambah-baikkan yang lain.


TIPS & ULASAN