Facebook Menguji Fungsi Terjemahan Pada Bahagian Komen

Facebook Menguji Fungsi Terjemahan Pada Bahagian Komen

Diterbitkan pada Sep 4, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada sokongan privasi yang lebih ditambah baik, kini ianya dilihat yang mana Facebook ingin membolehkan para pengguna berhubung dengan rakan-rakan yang menggunakan bahasa komunikasi berbeza, dimana ianya kini dilihat yang mana Facebook menguji fungsi terjemahan pada laman mereka, melalui bahagian status dan juga komen.

Sehingga kini, para pengguna yang ingin mengikuti kemaskini rakan mereka dalam bahasa berbeza perlu menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti Google Translate, dan perlu lakukannya secara manual ataupun dengan penggunaan plugin. Namun mungkin ianya tidak lagi pada masa depan.

Melalui apa yang dilihat, Facebook memperlihatkan sebuah butang khas untuk terjemahan, bersebelahan dengan butang Facebook Like pada bahagian komen. Buat masa ini, fungsi ini hanya diuji pada segelintir pengguna sahaja, dan berkemungkinan sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin Facebook akan memperkenalkannya kepada semua tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN